Pernah teruk dikecam sebab tiada mesin basuh, Ina Naim dedah arwah suami derma ia kepada jiran lebih susah

Oleh MAISARAH AISYA

Benar kata orang, jangan pernah menilai seseorang jika kita tidak berada di tempat mereka, kita nampak mereka susah namun sebenarnya rasa jauh lebih bahagia.

Tular sebelum ini isu mengenai Allahyarham Suhaimi Saad dan isternya Ina Naim yang dikatakan tidak mempunyai mesin hingga dikecam hebat netizen.

Selepas kematiannya timbul segala kebenaran, rupanya arwah menyumbangkan mesin basuh tersebut kepada jiran mereka yang lebih susah.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ryhan tampil mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ramai.

Menurutnya, arwah Suhaimi meminta isteri, Ina Naim memberikan mesin basuh mereka sebagai ganti mesin basuh jirannya yang telah rosak.

“Ina nampak anak jiran angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ina tanya jiran ‘ kenapa’?

“Jiran jawab ‘spin’ mesin basuhnya rosak. Ina masuk lalu cerita dengan suami tentang mesin basuh jiran itu rosak.

“Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati,” tulis wanita itu.

Ruangan komen dipenuhi mereka yang memuji arwah yang sebenarnya meringankan kerja isteri.

“Sebab suami dia hantar dobi, siap kering dan lipat jadi Ina tak perlu buat kerja yang kebanyakan orang tak suka buat, bukan Ina basuh guna tangan.

“Ada satu live tu, arwah nak masak mee goreng basah dan maklum telur dah habis tinggal daging jadi kena masak cepat sebab tak ada peti ais, tapi mereka gembira.

“Kalau tengok riak wajah Ina masa arwah suami live, nampak dia tenang dan bahagia je. Tak nampak kusut ke sungul ke. Nampak semuanya cukup,” antara komen netizen.

Baca juga: Mawar Rashid kongsi lagi gambar terbaru, tapi netizen perasan macam ada sesuatu yang tak kena…