Seorang pemandu lori berusia 22 tahun yang popular kerana kekacakannya, mula menjadi bualan netizen selepas pemuda tersebut dikatakan tidak kacak seperti yang terlihat di sosial media.
Netizen beranggapan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Iman Arif Lokman itu sebenarnya tidak kacak, berkulit hitam dan kusam selepas dia membuat kemunculan dalam temubual bersama sebuah portal hiburan.
Pun begitu, Muhammad Iman tidak melatah dan tidak terasa hati dengan netizen yang menjadikan dia mangsa ‘face shaming’.
Iman ketika dihubungi mStar baru-baru ini mengakui peka dengan segala tohmahan yang diterima, namun dia menerimanya dengan hati terbuka.
“Saya ada tengok juga. Ada yang saya nampak sendiri, ada juga yang kawan-kawan forward. Saya tak kisah pun. Filter dicipta untuk diguna.
“Kalau orang cakap saya tipu, apa yang tipunya? Saya pakai filter. Ia tak ubah bentuk muka, cuma tukar warna je. Kenapa filter nak jadi isu?
“Saya tak rasa tertekan. Yang mana komen negatif, saya buat tak tahu. Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka,” ujarnya kepada portal itu.
Menurut Iman, dia tidak menyesal memilih untuk menonjolkan diri di media sosial sehingga tular, malah menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.
“Yang mana komen positif, Alhamdulillah. Saya tak menyesal viral. Saya okay je. Yang mana komen bukan-bukan, saya harap mereka cermin diri dulu sebelum mengata.
“Lagipun saya tengok yang negatif ni fake account. Yang jenis toksik ni tak tonjolkan diri pun,” ujar pemuda dari Kulim, Kedah yang bekerja di Shah Alam, Selangor itu.
Bercerita lanjut, Iman berkata banyak perubahan berlaku selepas artikel pertamanya disiarkan mStar pada 7 November, disusuli temu bual video mStar pada 15 November.
“Sekarang, kalau saya berhenti R&R untuk mandi atau makan, ada orang tegur dan ajak selfie. Saya okay je, tak kisah orang nak bersembang buat kawan.
“Sebelum viral, TikTok saya ada 5,000 followers. Sekarang dah naik 55,000 followers. Yang minta reviu produk dan kolaborasi video pun ada.
“Tapi saya tak sempat nak buat. Saya duduk Kulim, kerja di Shah Alam,” ujar Iman lagi.
Baca juga: Tertekan dengan isu Palestin, Neelofa akui bekalan susu badan terjejas akibat gangguan emosi