“12 tahun aku kahwin dengan dia, susah payah jaga anak, dia pula ‘sedap’ dengan janda…”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang curang sudah dianggap normal, saban hari ada sahaja kes berzina dengan suami atau isteri orang.

Orang sebegini hanya tahu mencari kesalahan orang lain seolah-oleh diri terpaling kalis api neraka.

Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah sedihnya di Facebook Kisah Rumah Tangga Fans dan di bawah adalah perkongsian tersebut.

“Kisahnya macam ini, saya dengan suami dan berkahwin selama 12 tahun tapi saya akan bercerai dalam masa terdekat.

Saya tak tahu nak pertahankan rumah tangga yang bakal berakhir ini atau tidak.

Sepanjang perkahwinan saya, suami seorang yang suka memaki hamun, malah sejak awal lagi saya dimaki dan dipukul walaupun kerana hal kecil.

Lama-kelamaan hati saya semakin keras dan bila bergaduh saya akan melawan, menengking suami.

Daripada situ mulah timbul isu saya kurang ajar, tak hormat dan suka melawan suami. Sedangkan bila bergaduh, habuan untuk saya adalah penampar dan tendangan.

Suami saya juga pernah curang malah sudah banyak kali dia berhubung dengan perempuan-perempuan lain.

Sebelum ini dia menjalinkan hubungan dengan seorang janda samap ke tahap berzina dengan alasan saya tinggalkan dia.

Suami juga nak ceraikan saya pada waktu itu jadi dia mencari teman awal sebagai langkah persediaan untuk cerai.

Tapi saya pula berbaik semula dengan dia dan terbongkar hubungan suami dan si janda itu, saya sangat makan hati dengan apa yang dia lakukan.

Kes terbaru semasa saya berada di hospital untuk melahirkan anak, dia telah berbalas mesej dengan perempuan dan masing-masing saling tunjuk kemaluan.

Sekali lagi hati saya hancur bila baca mesej tersebut, dengan gambar tanpa baju atau seluar, lebih menyakitkan suami tak sedar apa kesalahan dia buat.

Tak ada satu pun kata maaf keluar dari mulutnya, sebaliknya dia menyalahkan saya sebab tak pandai jaga atau layan dia.

Kalau nak bercakap pasal hubungan, saya rasa tiga ke empat kali seminggu sudah memadai kerana kami ada anak yang masih kecil.

Saya juga pernah dituduh ada lelaki lain tapi sebenarnya dia yang ada hubungan seksual bersama wanita lain.

Malah suami selalu cakap saya tak akan bahagia dan menyesal kerana melayan suami dengan cara sedemikian, saya buntu”.

Baca juga: Suami pulangkan isteri ke pangkuan orang tuanya gara-gara tidak pandai masak dan kuat ‘shopping online’