Pokok limau kasturi adalah antara tumbuhan yang terkenal di Malaysia kerana banyak kegunaan serta kahsiatnya pada tubuh badan manusia.
Mempunyai aroma yang memikat selera, buah limau kasturi sering digunakan oleh masyarakat Asia Tenggara sebagai penyedap dalam makanan serta minuman.
Buah yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, antioksida dan asid fenolik ini juga memiliki kebaikan dari segi kesihatan seperti kawalan darah tinggi dan kecantikan kulit.
Memandangkan harga buah ini semakin mahal, seorang pengguna Facebook tampil berkongsi petua berkesan untuk menanam sendiri pokok limau kasturi di rumah.
“Tak rugi tanam limau kasturi. Berbuah sepanjang tahun. Lebat sehingga menunduk batangnya. Macam padi pula, makin berisi makin menunduk,” kata Muspirah Samat.
Bahan-bahan:
- Sebotol minuman susu kultur Yakult
- Dua biji telur
- Air kosong
Cara-cara:
1. Campurkan sebotol Yakult bersama dua biji telur di dalam sebuah botol plastik.
2. Botol perlu disimpan di tempat teduh pada suhu bilik untuk diperam selama seminggu.
3. Setiap hari, penutup botol perlu dibuka seketika sehingga proses penapaian selesai.
4. Setelah selesai diperam, tambahkan air kosong dalam bancuhan tersebut dengan nisbah 5 : 1 (air : peraman Yakult).
5. Semburkan baja ini pada pokok limau purut pada awal pagi dan lewat petang bagi menyuburkan tanaman.
Menurut Muspirah, baja buatan sendiri ini kadangkala hanya disembur sebulan sekali kerana pokok tersebut turut disiramkan dengan air beras dan air basuhan ikan.
Dijamin berkesan menyuburkan pokok limau kasturi, pencarian kami juga mendapati baja Yakult ini turut berkesan untuk digunakan kepada jenis tanaman yang lain.
“Cara saya jaga pokok limau ikut sempat. Kadang baja sebulan sekali. Yang lain berserah pada Allah. Kalau ulat makan daun dan kelopak bunga, saya anggap sebagai sedekah.
“Boleh juga kalau anda nak pakai cuka kayu sebagai baja. Boleh sembur sekali dengan bancuhan baja Yakult. Sama-sama kita berkongsi ilmu bermanfaat ya.” Ulasnya.
Baca juga: Buat apa beri peruntukan kepada MP yang hari-hari cerca kita? – PMX