Awie tidak mahu sekadar pandai buat anak kemudian jatuh sakit, azam jaga kesihatan di usia emas

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie, mengakui perasaan memiliki anak pada usia emas amat berbeza dibandingkan ketika muda.

Awie yang bakal menimang cahaya mata ketujuh berkata, memiliki anak pada usia senja begini memberi cabaran kepadanya untuk terus menjaga kesihatan.

Ini kerana katanya, dia tidak mahu jatuh sakit dalam keadaan anak-anak masih kecil

“Saya anggap rezeki dapat anak pada usia sekarang, tetapi cabaran daripada Allah supaya saya jaga kesihatan. 

“Saya tak nak pandai-pandai buat anak kemudiannya jatuh sakit. Itu umpama menganiaya isteri,” katanya memetik BH Online.

Tambah Awie, jika dahulu dia tidak kisah meninggalkan anak selama sebulan kerana penggambaran, tetapi kini empat hari sahaja tidak bertemu boleh membuatkannya mengalirkan air mata.

Ujarnya, faktor umur membuatkan dia lebih fokus kepada keluarga dan lebih memahami kepayahahan isteri dalam membesarkan anak-anak.

“Sebelum ini, saya terlalu pentingkan kerja, mungkin kerana berusia 30-an, jadi saya tak fikirkan susah payah isteri jaga anak. 

“Kadang-kadang (hal) tak perlu pun saya tetap nak keluar. Macam orang tiada anak. Kalau dulu shooting sebulan saya masih boleh buat bodoh sahaja.

“Apabila sudah semakin meningkat usia, kelebihan yang saya nampak adalah menjadi lebih prihatin terhadap anak-anak dan keluarga.

Baca juga: “Bekas kekasih aku cakap aku gilakan harta sebab tinggalkan dia, dasar tak sedar diri biawak hidup ni…”