Terlalu terbuka berkongsi kisah percintaan dengan wanita misteri selepas bercerai, pelakon, Azri Iskandar akui sudah serik bercerita mengenai kekasih.
Azri dimarahi pelakon, Azhar Sulaiman yanh menasihatinya untuk berhenti berkongsi agar tiada lagi situasi dimana orang ramai memalukannya lapor Berita Harian.
“Azhar marah dan tanya kenapa saya cerita soal sudah ada teman wanita kepada umum. Dia kata kalau sempat jumpa saya, dia takkan bagi saya bercakap (hal itu).
“Azhar hanya benarkan saya bercerita jika nak kahwin atau sudah berkahwin dengan Dr Azra,” ujarnya seperti dipetik BH Online.
Azhar turut melarang dia berkongsi kerana tidak pernah memuat naik gambar bersama kekasih hati.
“Dia larang sebab tak mahu saya kena kecam hanya kerana tidak mendedahkan gambar Dr Azra dan mendakwa wanita itu tidak wujud.
“Sedangkan, Dr Azra tak sporting dan tak nak sokong saya sebab enggan gambarnya keluar hingga saya dituduh gila.
“Azhar tak sanggup melihat saya seorang diri berdepan dengan situasi itu,” tambahnya.
Kini Azri sendiri mengakui mungkin sudah tiada masa hadapan bersama wanita misteri tersebut
“Saya tak pasti sama ada saya masih lagi dengan Dr Azra. Selepas ini, saya sudah tidak mahu lagi bercerita soalnya.
“Lagipun, perkara ini akan sama sahaja. Netizen tetap akan mempertikaikan dan mengatakan saya gila dan berkahwin dengan orang bunian.
“Jadi, saya nak tutup buku, Saya tak nak kena marah dengan Azhar. Nanti saya dianggap degil,” ujarnya.
Baca juga: Kantoi pernah nyanyi lagu ‘La Bamba’, ini respon Azharina lepas didakwa menipu