Seorang pemuda hampir hilang pedoman diri apabila dipaksa untuk menikahi kekasih yang hamil hasil perbuatan zina bersama orang lain.
Lebih menyedihkan si wanita turut memfitnah bahawa dialah si bapa hingga menyebabkan ayah lelaki tersebut memaksanya berkahwin untuk menutup aib.
Menerusi satu hantaran di X, @twtmalaywedding, pemuda tersebut meluahkan perasaan tanpa mendedahkan namanya.
Kejadian dikatakan bermula apabila wanita berkenaan datang ke rumah dan mengadakan pertemuan dengan ayahnya (bapa si lelaki).
“Pada 4 Jun saya terpaksa berkahwin secara terpaksa disebabkan bakal isteri hamil. Dia pernah jadi kekasih saya sebelum bertunang dengan lelaki lain dan terlanjur.
“Tunang dia tidak mahu bertanggungjawab. Jadi bakal isteri ambil kesempatan dan jadikan saya pak sanggup. Dia jumpa ayah saya dan cakap kami pernah terlanjur.
“Padahal sepanjang kami bersama saya tak pernah sentuh dia. Ayah marah dan minta saya kahwin dengan bekas kekasih demi menjaga nama dan air muka keluarga,” adunya.
Tanpa soal selidik, bapa pengadu menerima bulat-bulat apa yang dikatakan wanita tersebut berbanding dirinya.
Tambah memedihkan lelaki tersebut sudah ada pengganti lain selepas memutuskan hubungan dengan tunangnya yang hamil anak orang lain.
“Saya rasa berat hati nak kahwin. Saya terlampau sayangkan teman wanita yang sekarang. Terlalu banyak dugaan Allah beri. Kali ini saya tak mampu menepis takdir. Apa saya patut buat,” ujarnya.
Pemuda tersebut akhirnya mengahwini wanita tersebut namun mengakui kini dalam proses penceraian dengan isterinya itu.
Baca juga: Awie tidak mahu sekadar pandai buat anak kemudian jatuh sakit, azam jaga kesihatan di usia emas