“Jahatnya mulut!” – Wawa Zainal berang ada masuk ‘live’ tanya bila nak cerai

Oleh MAISARAH AISYA

Kini semakin banyak penceraian berlaku dalam kalangan artis dan pempengaruh, namun ia bukanlah tiket untuk menyakitkan hati orang yang tidak terlibat.

Tidak kira artis atau tidak, mereka juga masih mempunyai perasaan jadi tidak perlu menyakitkan hati mereka dengan soalan kurang bijak.

Terbaru yang menjadi mangsa adalah pelakon dan usahawan, Wawa Zainal yang diserang semasa siaran langsung di TikTok.

Ada seorang pengguna media sosial yang bertanya soalan bilakah dia dan suaminya, Aeril Zafril akan bercerai.

“Ya Allah, jahatnya mulut awak. Sangat sundal ya. “Orang sundal tidak layak berada dalam siaran langsung ini. Sila keluar okey,” ujar Wawa.

Turut terlihat dalam video tersebut adal raut wajah Aeril yang kesal dengan soalan individu yang tidak sensitif.

Rata-rata warganet turut mengecam individu tersebut dan berharap orang ramai lebih beradab.

“Cuba bayangkan orang tanya soalan ini kepada emak awak (Mira), apa yang awak rasa, lagipun kalau mereka bercerai, Ariel tak kempunan mahu masuk meminang awak.

“Lain kali masuk tempat orang kena ada adab, kalau tiada yang berfaedah, sila diam, jangan memekak menyusahkan orang lain,” antara komen warganet.

Kemungkinan besar mereka ini menggunakan akaun palsu atas tujuan menyakitkan hati orang lain.

Baca juga: Kawan baik Ira Kazar, Nur Nilam dedah sudah bercerai, beri bayangan kerana orang ketiga