Tidak kira lelaki atau perempuan seharusnya lebih berhati-hati dalam menjaga kehormatan diri tidak kiralah sebaik mana sekalipun seseorang itu.
Jangan pernah sesekali mempercayai mereka yang baru dikenali tidak kira sebaik mana sekalipun luaran mereka.
Seorang pelajar wanita mendedahkan pengalaman tidur bersama pekerja senior semasa menjalani latihan industri atau praktikal.
Menerusi laman X, wanita yang tidak mendedahkan namanya itu berkongsi bagaimana dia terpedaya dengan seorang lelaki alim.
“Pernah terlanjur dengan senior yang juga eksekutif saya waktu intern. Pada pandangan semua orang, dia adalah lelaki sangat baik, selalu ke masjid berjemaah.
“Dia selalu post tentang agama, dekat tempat kerja pendiam, tak rapat dengan perempuan.
“Senang cerita memang tak dengar apa-apa benda buruk tentang dia. Semuanya baik saja.
“Satu malam ada diskusi tentang pembentangan esok, waktu itulah bermulanya terlanjur,” dedah wanita itu.
Hanya nak berseronok
Namun selepas sudah dapat apa yang dia mahukan, lelaki tersebut mula berubah sikap malah memaklumkan bahawa dia lebih meminati rakan wanita tersebut.
“Lepas dia dah dapat apa yang dia nak, dia mengakui dia sebenarnya sukakan kawan saya. Dia cakap dia hanya nak fun dengan saya dan kami berdua ada dua tujuan berbeza.
“Saya dah serahkan segalanya pada dia dan sekarang dia layan saya dingin. Saya jumpa akaun Twitter dia, 99.99 peratus following dia adalah akaun dark side (DS).
“Dia ada beritahu yang dia nak kahwin tahun depan. Hati saya tak boleh nak terima hakikat sebab awalnya dia bagi harapan setinggi Gunung Everest tapi akhirnya dia leburkan segalanya macam besi cair,” luah gadis itu lagi.
Rata-rata warganet menasihati wanita tersebut untuk berubah dan jangan terpedaya dengan seseoranh hanya kerana mereka dilihat ‘alim’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat kepada gadis itu agar menjaga maruah dan melupakan dosa yang telah dilakukannya.
“Dari awal aku baca pun laki ni selalu pergi masjid, post pasal agama aku dah tak percaya. Lelaki jenis pendiam macam ni sebenarnya imposter.
“Move on la dik. Jangan rosakkan hidup melayan kehendak hati.
“Lain kali jangan mudah sangat percaya kat lelaki,” antara komen warganet.
Jika benar dia baik, tidak mungkin dia akan mengajak melakukan maksiat maka jagalah kehormatan diri anda.
Baca juga: “Aku ingatkan selama ini suami aku yang boros, rupa-rupanya duit dia habis dekat…”