Seorang pelakon senior wanita didakwa mengganggu suami orang lain sehingga rumahtangga lelaki itu dilaporkan sedang berantakan.
Dalam temubual disiarkan Melodi, seorang wanita yang enggan dikenali tampil membuat dakwaan bahawa pelakon wanita senior itu telah menganggu rumah tangga ibu bapa kepada rakan baiknya.
Tanpa mendedahkan lanjut identiti pelakon tersebut, pengadu mendakwa wanita itu “kelihatan suci dan pandai menangis ketika berlakon”, namun sebenarnya seorang manusia bertopengkan syaitan.
“Saya bukan nak buka aib mana-mana orang. Saya cuma tak sangka. Pelakon wanita itu yang korang sangka baik, suci, menangis dekat depan tv sebenarnya mengganggu rumahtangga orang.
“Bapa kawan saya dah macam tak berakal. Bila tengok anak, dah macam tak kenal.
“Saya cerita untuk kebaikan, kawan saya dah lama terseksa. Saya tak boleh tengok kawan saya menderita dengan apa yang pelakon wanita senior itu telah buat,” kongsinya.
Pengadu itu juga mendakwa, bapa rakannya itu seperti sudah angau dengan pelakon tersebut.
Bahkan pelakon itu pernah meminta wang dari bapa rakannya untuk membuka perniagaan.
“Ayah kawan saya ni dah macam angau dengan pelakon tu, tak tahulah kena ‘mandrem’ ke apa ke sebab dia ikut je apa kemahuan pelakon tu. Dia bagi duit dan sebagainya. Dia banyak main kisah air mata dan banyak kisah buruk yang korang tak tahu.
“Dia siap minta duit bapa kawan saya untuk buat perniagaan sampai habis duit dia.
“Pada pelakon itu, bertaubatlah sebab apa yang awak buat ni salah. Jangan nak musnahkan rumah tangga yang dibina,” katanya lagi.
Setakat itu sahaja petunjuk yang diberikan. Netizen juga terus berteka teki tentang pelakon-pelakon yang digelar ‘ratu air mata’.
Baca juga: “Aku terkejut lihat suami tanpa seurat benang dengan ‘adik angkat’, rupanya selama ini…”