Umum tahu dimana-mana negara sekalipun, pelajar sekolah memandu perlu lulus ujian komputer sebelum mereka di ajar cara memandu.
Kebanyakan soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang diajar malah di Malaysia sendiri ada buku khas bagi menjawab soalan tersebut.
Menurut Sky News, seorang pelajar memandu di Britain akhirnya lulus ujian komputer selepas gagal hampir 60 kali.
Pelajar tersebut bukan sahaja menghabiskan masa selama 60 jam untuk menduduki ujian tersebut malah terpaksa membayar £1,400 (RM8,259) sebelum lulus.
Pelajar sekolah memandu di Britain perlu lulus ujian komputer sebelum mendaftar untuk ujian amali.
Mereka perlu menjawab dengan betul 43 daripada 50 soalan dalam ujian tersebut, jika dibandingkan di Malaysia pula 42/50 dalam masa 45 minit.
Pelajar yang gagal juga perlu menunggu selama tiga hari sebelum boleh mengambil ujian ulangan dan dikehendaki membayar yuran sebanyak £23 (RM135).
Jika tidak lulus ujian amali dalam tempoh dua tahun, mereka perlu mengambil semula ujian komputer
Beberapa penduduk Britain sebelum ini juga pernah dihukum selepas mengambil ujian teori itu untuk orang lain.
Inderjeet Kaur dari Llanelli dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tahun lalu kerana mengambil 150 ujian teori dan praktikal untuk orang lain.
Baca juga: Pelakon senior wanita didakwa ganggu rumahtangga orang, pengadu beri hint “pandai menangis depan tv”