Ibu ini tunjuk cara mudah basuh baju sekolah anak supaya kekal putih, tak perlu dah nak celup Nila lagi

Oleh KIM SYAZIE

Kotoran yang melekat pada baju anak-anak memang memeningkan kepala buat ibu. Mahu guna peluntur tetapi risau pula warna akan pudar atau pun paling teruk mudah untuk mereput. 

Habis, bagaimana mahu buat?

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini, Leena Hassan, dia berkongsi cara paling berkesan untuk membasuh baju sekolah anak-anak terutamanya yang berwarna putih.

Beliau mendapat ‘petua’ ini daripada sepupunya yang juga seorang jururawat yang berjaya mengekalkan baju unifom supaya kekal putih.

Leena berkata, sepupunya hanya menggunakan sabun mandian sahaja sebagai ganti peluntur.

Bagi mak-mak yang ada anak sekolah tahun hadapan boleh ikut ya cara Puan Leena ni. Pasti kurang sikit membebel! Kami kongsikan coretan penuh di bawah;

Sudah lama saya R&D pelbagai formula dan jenama sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.

Guna peluntur Clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos tinggi.

Jadi saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?

Nah. Ini dia cara-caranya. Anda boleh cuba untuk pakaian anak sekolah nanti.

Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapalah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.

Rendam baju-baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.

Dah siap, putih bersih kan!

Simpan dan kongsi tip ni dengan ibu-ibu lain ok! 

Baca juga: Tak perlu bertekak dengan pemaju, ini 3 cara ‘settle’ bila rumah rosak sebelum dihuni