Zaman dulu mesti ramai beli mee goreng RM1 di kantin sekolah, simple tak ada bahan lain tapi tetap sedap.
Kalau buat dekat rumah, tambah telur mata atau keropok mesti sedap, siap tambah berpinggan-pinggan.
Bagi mak-mak yang dah tak idea nak masak untuk anak boleh cuba resipi yang dikongsi Neny Lai Han di laman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Mee Goreng ala mak cik kantin sekolah
Bahan-bahan:
- 2 bungkus mi kuning
- 3 ulas bawang putih
- Pes cili maggi
- Kicap pedas Ikhwan
- Kicap lemak manis Jalen
- Kicap pekat Jalen
- Minyak bijan
Cara memasak:
- Celur sekejap mi kuning dan toskan air menggunakan penapis.
- Masukkan mi ke dalam bekas, tuang semua jenis kicap secukup rata atau mengikut sukatan masing-masing. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan pes cili maggi sehingga naik bau.
- Jika dah naik bau, masukkan mi tadi dan kuatkan api. Gaul sehingga sebati.
- Kalau nak buat basah, boleh letak sedikit air.
- Apabila mi sudah agak lembut, boleh tutup api dan renjis minyak bijan.
- Mi ini tak perlu letak garam dan perasa kerana kicap yang diletakkan sudah cukup perasa.
- Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Baca juga:Wanita bongkar rahsia sambal bilis cili api kekal rangup – “Jangan tambah bawang jenis ini!”