Di kala usia baru 11 tahun, kebanyakan kanak-kanak lebih sibuk bermain di luar rumah bersama rakan-rakan namun tidak buat budak perempuan ini.
Minat berniaga sejak muda, kanak-kanak dari Australia, Pixie Curtis memulakan perniagaan semasa dunia dilanda Covid-19.
Menurut Nationwide News, Curtis memulakan perniagaan Pixie’s Fidget yang menawarkan produk seperti aksesori dan permainan untuk kanak-kanak.
Tidak perlu meminjam wang dari bank, Curtis memperoleh modal daripada ibu bapanya yang menggalakan dirinya untuk mempelajari dunia perniagaan.
Dek kerana kepintarannya, kanak-kanak tersebut berjaya menjadi usahawan dan bergelar jutawan di usia muda.
Bemula hanya sekadar berniaga di Instagram dengan ratusan ribu pengikut, item pertama yang berjaya dijial adalah mainan gelembung berwarna-warni.
Dalam tempoh 48 jam sahaja ia sudah dijual dengan keuntungan melebihi US$200,000 (RM930,000).
Difahamkan bahawa keuntungan yang diperolehnya setiap bulan sehingga kini juga melebihi RM900k.
Kini Curtis sudah mempunyai gudang tersendiri dan menjual produk baru iaitu aksesori rambut.
Ada yang menganggarkan kekayaan Curtis mencecah AS$21 juta atau kira-kira RM97 juta.
Menurut New York Post, Curtis dilaporkan berhasrat untuk bersara dari dunia perniagaan dan ingin menumpukan perhatian kepada pendidikannya
Bagi ibunya, wang yang diperoleh oleh anaknya dari perniagaan sudah mencukupi, dan dia tidak mahu anaknya terlalu sibuk bekerja tanpa ada pendidikan.
Baca juga: Wanita kongsi resipi burger prosperity ala McD, RM25 boleh makan 11 orang!