Netizen terhibur Adam Lee sanggup cukur jambang, tak rela wajah disamakan dengan Alif Teega

Oleh KIM SYAZIE

Susulan kontroversi hangat membabitkan pempengaruh Alif Teega, nama pelakon Adam Lee secara tidak langsung turut terpalit kerana wajah mereka yang hampir seiras.

Tidak rela disamakan dengan pempengaruh itu, Adam Lee atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee nekad mencukur jambang di wajahnya.

Adam Lee

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Adam juga berkongsi imej barunya yang jauh lebih kacak dan pastinya tidak seiras lagi dengan Alif Teega.

Pelakon drama ‘Bidadari Salju’ itu turut memberi amaran kepada netizen untuk tidak menyamakan dirinya dengan Alif Teega.

“Jambang dah buang. Dah, jangan samakan aku dengan dia lagi,” kata pelakon berusia 29 tahun itu sambil menambahkan tanda pagar bahawa ini adalah Adam Lee.

Adam Lee

Sementara itu, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi, 26, juga berkongsi semula hantaran Adam di Instagram Story berserta kapsyen ringkas mencuit hati.

“Okay dah jangan Direct Message (DM) saya kata sama macam AT (Alif Teega) okay! Suami saya tak boleh ada jambang selepas ini,” kata kapsyen Sweet Qismina.

Meninjau ke ruangan komen IG Adam, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian terbarunya itu 

“Hahaha. Ternyata bukan perasaan aku sahaja yang Adam ini memang mirip dengan lelaki yang sedang viral”.

“Sekilas pandang aku juga fikir muka Adam sama seperti Alif Teega” kata netizen.

Sebelum ini, kecoh di media sosial tindakan Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dua pada 18 November

Pengakuan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah selain tidak mahu pernikahannya menjadi bualan orang ramai

Baca juga: Baru tahu ada petua bagi tepung melekat, ini resipi Sotong Celup Tepung dari ‘orang lama’