Bila diri terbiasa dengan dosa, maka segala kesalahan dibuat tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.
Seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak menceritakan semula pengalaman diri terjebak dalam maksiat bersama suami orang.
“Aku nak buat pendedahan tentang pengalaman aku. Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak.
Aku pernah terjebak dalam cinta di pejabat apabila aku mula berhubungan dengan dua rakan sekerja yang sudah mempunyai isteri.
Lebih menyedihkan aku juga pernah terlanjur dengan salah seorang daripada mereka, kami dah tak bersama sebab aku minta hentikan hubungan ini.
Aku rasa dipergunakan dan dia senang bahagia dengan isteri dia. Selepas hubungan tu tak ke mana, laki tu terus mengelak daripada aku dan tak ada rasa bersalah.
Ya aku sedar aku dah buat dosa besar kat suami sampaikan hidup aku dah mula bermasalah dan satu-satu masalah timbul.
Sebelum ni, life aku elok sahaja tapi sejak aku mula cari masalah, memang Tuhan nak tunjuk kat aku balasan yang aku dah buat.
Aku reda kalau ini balasan yang aku dapat hasil dosa aku sendiri. Aku tengah nak baiki balik kesalahan aku dengan fokus kat anak dan rumah tangga aku.
Tapi aku masih tak tenang dan hari-hari aku ada perasaan paranoid dan anxiety setiap kali pergi kerja lagi-lagi dalam keadaan aku yang sarat mengandung..
Aku cuba muhasabah diri untuk dekatkan diri dengan Allah.
Sejak benda ni jadi, aku cuba untuk mengelak daripada rapat dengan mana-mana rakan sekerja sebab aku tak nak ulang lagi kesilapan sama.”
Baca juga: Belum bersedia daftar pengesahan rujuk, Diana Danielle masih perlu sedikit masa