Sebolehnya kalau nak muat naik gambar untuk kenangan di media sosial, lakukan ia selepas balik daripada bersosial dengan rakan.
Kalau tidak jadilah seperti wanita ini yang terlalu teruja memuat naik gambar di media sosial hingga tidak sedar akan keadaan sekeliling.
Menurut MailOnline, wanita dari bandar Kunming, China terkejut melihat bil makan tengah harinya mencecah 430,000 yuan (RM281,900).
Wanita dikenali sebagai Wang itu pada mulanya hanya memuat naik beberapa gambar bersama rakan lain.
Tanpa diketahui mereka, jelas terpampang kod QR di atas meja makan dalam gambar yang dimuat naik.
Selepas gambar tersebut dimuat naik di aplikasi WeChat, kenalan di media sosial itu kemudian mengimbas kod QR sebelum membuat pesanan ke meja tersebut.
Rupanya pesanan tersebut merangkumi 1,850 hidangan itik, 2,580 hidangan sotong dan 9,990 hidangan udang.
Kakitangan restoran bagaimanapun sempat menyedari kesilapan itu apabila mengesahkan pesanan sebelum menghantar makanan.
Wang bernasib baik apabila dia dan rakan-rakannya tidak dipaksa membayar bil tersebut dan mereka dipindahkan ke meja baru.
Baca juga: Baru 11 tahun tapi dah bersara? Rupanya kanak-kanak perempuan ini jutawan!