Kadang-kadang bila dah tengah bulan mesti ada teringin nak makan sedap tapi duit pula tak ada, maka jadi kreatiflah semua orang dengan resipi di media sosial.
Kali ini resipi yang dikongsikan adalah chicken chop bersalut serbuk roti, macam makan dekat kedai pula.
Resipi ini dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah di halaman Facebook, ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Sekali sekala mesti teringin nak makan di rumah masakan barat, lagi puas hati, jimat dan sedap pula tu.
Resipi Chicken Chop
Ayam Crispy
Bahan-bahan:
- 5 keping dada ayam atau peha ayam
- 3 ulas bawang putih -di tumbuk
- 3 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- 1 cawan breadcrumbs atau secukupnya utk salut ayam
Cara-cara:
- Tumbuk bawang putih.
- Kemudian, campur sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Sebatikan.
- Dada ayam di ketuk-ketuk dengan alu lesung hingga leper. Salut dengan campuran sos tiram tadi dan perap selama 1 jam
- Celup ayam ke dalam telur. Selepas tu, salut dengan serbuk roti.
- Goreng di dalam minyak yang panas hingga keemasan. Angkat dan toskan
Sos Blackpaper
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar butter @ marjerin
- 1 labu bawang holland -di potong dadu
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan susu segar
- 2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 ketul kiub ayam
- 1 sudu teh garam halus atau secukup rasa
- 2 sudu besar gula atau secukup rasa
Cara-cara:
- Cairkan butter, tumis bawang holland hingga layu dan sedikit perang/berkaramel.
- Masukkan tepung. Kacau sentiasa supaya tak hangus.
- Tuang susu, air, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap, kiub ayam, gula dan garam.
- Kacau hingga sos pekat. Biarkan suam dan blend hingga halus.
Coleslow
Bahan-bahan:
- 1/2 biji kobis saiz sederhana -di hiris halus
- 1 batang carrot saiz kecil -di sagat
- 1 biji limau nipis
- 6 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar fresh milk
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara-cara:
- Campur semua bahan-bahan iaitu kobis, carrot, mayonis, susu, gula, garam dan jus limau.
- Kacau hingga sebati.
- Simpan di dalam peti ais dulu.
Kentang Goreng
Bahan-bahan:
- 6 biji kentang -di potong panjang
- 1/2 periuk air
- 2 sudu teh garam
- 2 sudu besar cuka
- 2 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
- Potong kentang panjang-panjang. Kemudian, rebus di dalam air yang di campur dengan garam dan cuka hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- Lap kentang supaya kering daripada air. Salut bersama tepung jagung dan goncangkan penapis supaya tepung jagung tak melekat terlalu tebal pada kentang.
- Goreng di dalam minyak yang panas hingga garing. Angkat dan toskan.
- Hidangkan ayam bersama sos blackpaper, coleslow dan kentang goreng.
Senang sahaja, boleh makan satu keluarga, tak ada risau duit habis banyak makan di restoran lagi.
Baca juga: Tak perlu tukar air, ini rahsia simpan lengkuas agar kekal segar sampai berbulan