Umum tahu setiap minggu pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) perlu menyanyikan satu lagu dan kebanyakan masa memang hancur lagu dibawa mereka.
Terbaru semasa minggu akhir, pengacara Nabil Ahmad ditemani pelakon Amir Ahnaf membawakan lagu Butter daripada kumpulan BTS.
Kalau bawa lagu Melayu pun dah hancur apatah lagi bawa lagu penyanyi dari negara Korea walaupun lirik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Ramai mengkritik nyanyian sumbang Amir yang dilihat tidak sesuai membawakan lagu dengan rentak rancak seperti itu.
“Kalau saya jadi host, saya dah rampas mic. Biar aku je nyanyi sumbang pun tak apa. Tak sanggup buka sound, tak apa lah biar video tu play tak ada sound.
“Haha, bukan butter ni, marjerin.
“Kalau dengar banyak kali automatik lupa lirik asal.
“Tolonglah cakap ini untuk tujuan komedi dan bukan sebab mereka kena nyanyi lagu ini,” antara komen pengguna X.
Amir bagaimanapun tidak melatah malah membalas hantaran di X dengan emoji tertawa seolah-olah terhibur dengan komen netizen.
Semasa pusingan battle juga peserta membawakan lagu Kill This Love daripada Blackpink, walaupun suara power tapi sebutan semua kelaut.
Produksi boleh banyakkan lagi lagu dari Malaysia, naikkan kembali lagu negara ini, hentilah merosakkan lagu antarabangsa untuk raih jumlah tontonan.