Bila isteri mengadu penat seharusnya suami bantu ringankan beban bukan cari solusi untuk kahwin lain konon nak ringankan beban pasangan.
Seorang lelaki mengadu penat melayan kerenah isteri yang menjaga lima anak di rumah dengan alasan sibuk bekerja.
“Aku kahwin 10 tahun anak lima, kerja pegawai gaji dalam RM4k. Isteri aku selalu mengadu penat.
Masalahnya dia jaga anak lima orang sahaja dah bising, sedangkan mak aku dulu jaga 15 anak tenang je.
Aku penat juga masa kerja kat luar. Aku balik nak rehat, lepas tu bila aku cakap penat, dia suruh ambil bibik.
Daripada aku ambil bibik nak bayar gaji mahal lebih baik aku kahwin seorang lagi. Tak perlu susah-susah nak bayar bibik. Sedap pun dapat.
Isteri aku ni kuat ungkit, cakap dia letih masak, letih basuh baju, letih kemas rumah, kalau rasa letih sangat, balik kampung jelah rilex.
Biar anak semua aku jaga, aku susah cari duit min, dia duduk kat rumah je. Penat apanya? Bila malam aku nak dia layan aku, dia tidur tempat anak.
Bila aku kejutkan, dia maki aku balik. Apakah?
Lepastu selalu nak makan luar kalau sebulan sekali tak apa ni nak seminggu sekali masa aku rehat hari ahad masa tu dia nak kacau.
Kalau aku tak bangun. Dia suruh anak lompat belakang aku. Pagi bila aku nak kerja sarapan semua aku buat.
Tengah hari dan malam je dia masak. Lepas tu kalau aku sedap tidur malam, anak aku nak susu, dia buat2-buat tidur.
Pernah sekali dia cakap kat aku. Abang ni tak pernah tolong saya buat kerja rumah, saya buat itu ini semua seorang diri.
Tambah dia aku ni bukan kerja susah pun, setakat duduk pejabat boleh cerita dengan orang luar.
Dia ni duduk rumah cerita dengan dinding je. Jadi aku jawab lah min. Aku keluar cari duit untuk dia dan anak. Engkau di rumah ni cerita dengan dinding ke?
Apa guna anak lima orang tu. Bawalah anak cerita Ini kerja buka telefon asyik membawang je.
Lepas tu dia cakap aku senang-senang kat luar dan biar dia seorang pikul tanggungjawab kat rumah. Kalau dia dah rasa susah sangat.
Dialah keluar cari duit. Aku duduk rumah jaga anak. Senang kan? Sampailah aku kenal sorang awek dan aku tidur rumahnya sampai terlanjur.
Tapi yang seronoknya awek aku ni pandai layan aku, dah lah pandai puaskan aku, kerja-kerja rumah semua dia buat.
Siap suapkan aku, bukan macam isteri aku yang pemalas. Rasa nak cerai je isteri aku ni talak tiga.”