Tak payah susah-susah nak masak setiap hari, orang bujang boleh buat nasi sejuk beku ni!

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah kalau masak nasi sedikit ini rasa macam tak berbaloi, masak banyak takut tak habis pula nanti membazir.

Rupanya senang sahaja caranya, buat sahaja nasi sejuk beku, masak awal-awal dan agihkan kepada ‘potion’ yang lebih kecil sebelum disejukkan.

Dengan cara ini tak adalah tunggu lama kalau tiba-tiba rasa nak makan nasi, panaskan sahaja nasi tersebut dalam microwave.

Kalau yang biasa tengok cerita Korea, mesti perasan mereka selalu guna nasi sejuk beku dan panaskan sahaja sebelum makan, senang dan jimat masa.

Pengguna X dari Indonesia, @katriel_scenny berkongsi cara membuat nasi sejuk beku itu.

“Cara melakukannya adalah dengan memasak nasi seperti biasa, tetapi saya tambah lebih banyak nasi sekaligus kerana niatnya untuk menyimpan lebih banyak stok.

“Selepas itu, balut nasi tersebut dengan plastik wrap untuk menjaga kesegaran dan kualitinya semasa disimpan di dalam freezer.

“Saya belum jumpa lagi cara yang lebih eco-friendly dan praktikal, so harap boleh semua faham. Selepas itu, letakkan dalam peti sejuk, bukannya di dalam peti sejuk beku.

“Walaupun ada yang berpendapat boleh disimpan selama 3 bulan, tetapi saya hanya penyimpan selama seminggu kerana ruang tidak mencukupi,” ujarnya.

Ketika disoal bagaimana mahu memanaskan tanpa menyebabkan nasi tersebut kering, penggun tersebut mencadangkan untuk letak air bersama.

“Untuk atasi masalah ni, ada yang letak ais batu atas nasi sebelum masuk microwave, ada yang tambah 1-2 sudu air dalam nasi,” tambahnya.

Rupanya cara ini juga boleh membantu mereka yang menghidap diabetes atau mereka yang ingin mengawal pengambilan gula.

Ini adalah kerana nasi yang melalui proses sejuk dan dipanaskan semula akan mengurangkan kandungan gula di dalamnya.

Baca juga: Tak perlu tukar air, ini rahsia simpan lengkuas agar kekal segar sampai berbulan