Program Jualan Rahmah Bergerak adalah satu inisiatif untuk membantu golongan sasaran, B40 membeli barang pada harga rendah bagi mengurangkan beban kos sara hidup.
Jumlah pelanggan yang dicatatkan hadir ke program tersebut adalah 1.5 juta di 1,873 lokasi di seluruh negara.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, kajian impak turut dilaksana untuk menambah baik program tersebut.
Tambahnya seramai 1,600 responden terlibat termasuk mengenal pasti kekurangan dan cadangan penambahbaikan yang bakal dibuat kementerian pada masa akan datang.
“Daripada 1,600 tersebut kita dapati bahawa 73 peratus responden bersetuju inisiatif Payung Rahmah dapat mengurangkan kos sara hidup mereka.
“Seramai 81 responden atau majoriti responden menyatakan mereka berpuas hati dengan pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah.
“64 peratus responden menyatakan Jualan Rahmah Bergerak telah memberikan impak terus kepada mereka,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Jawapan tersebut adalah respon untuk pertanyaan yang dibangkitkan Senator Dr. R. Lingeshwaran yang ingin tahu berkenaan status pelaksanaan dan pencapaian untuk program tersebut.
Tambahnya, selepas setahun progam dilaksanakan hanya rakyat yang tinggal berdekatan pasar raya terlibat sahaja beruntung.
Tapi dengan Program Jualan Rahmah Bergerak, mereka yang tinggal di pedalaman tidak perlu bersusah payah untuk bergerak jauh bagi membeli barang dengan harga murah.
“Rakyat yang berada di pedalaman di mana kawasan mereka tidak mempunyai pasaraya tidak dapat menikmati manfaatnya secara langsung.
“Kecuali jika mereka sanggup menanggung kos perjalanan dari kampung mereka ke lokasi PJR,” tambahnya.
Baca juga: Ustaz PAS kena kecam minta derma kereta syarikat rosak, “habis semua benda dia nak mintak ni..”