Isteri jutawan mengeluh sering diberi layanan mewah, rimas ‘bodyguard’ ikut 24 jam

Oleh KIM SYAZIE

Isteri kepada seorang jutawan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluh apabila sentiasa diberi layanan mewah oleh suaminya.

Wanit yang dikenali sebagai Soudi itu berkata, inilah masalah yang perlu diganggungnya apabila berkahwin dengan lelaki kaya.

Soudi sebelum ini sering berkongsi kisah dan rutin hariannya sebagai isteri jutawan di akaun media sosialnya. 

Dia juga berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa dan wang setiap hari sebagai isteri jutawan.

Menurut Soudi, dia langsung tidak dibenarkan menggunakan wang poketnya untuk membeli barangan mewah seperti beg, kasut dan pakaian berjenama. 

Kesemua perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya, Jamal Soudi.

Tidak terhenti di situ, Soudi juga merasa jengkel dan kurang selesa kerana sentiasa dipantau pengawal peribadi.

“Dia (suami) membawa saya terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari),” katanya.

Meskipun Soudi seakan mengeluh dengan kehidupannya tetapi kebanyakan netizen terutamanya para wanita akui cemburu dan mengimpikan layanan mewah yang dimiliki Soudi. 

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa kehidupan itu yang dipilih sendiri Soudi selain menyifatkan Jamal seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan menghargai isteri.

Baca juga: Dijamin tak meletup kalau ikut, wanita kongsi ilmu cuci dan goreng ikan keli dengan betul