Pengasas syarikat pencetak Harakah kritikal, PAS dirayu segera bayar hutang

Oleh MAISARAH AISYA

Masih belum selesai isu, Pas diminta melunaskan bayaran hutang sebanyak RM656,233.69 kepada bekas pencetak akhbar parti, Harakah.

Isu tersebut bukanlah baru malah sudah lama, tahun berganti tahun namun hutang tetap tidak dibayar.

Memetik Malaysiakini, pengasas syarikat Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Azlan Jan, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri olej Pengurus NAJ Press Resources, Hussin Jan.

Tambah Hussin, peguam sudah menghantar notis perintah dan penghakiman bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 5 Dis 2023.

“Pihak berkenaan perlu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh notis berkenaan dikeluarkan pada 13 Dis lalu.

“Dalam keadaan pengasas dua syarikat berkenaan (Azlan) berdepan dengan tahap kesihatan yang kritikal.

“Sepatutnya Pas ada sikap iman dan ehsan untuk bayar hutang cetak Harakah,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Azlan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital KPJ, Shah Alam, selepas tidak sedarkan diri kerana menghidap komplikasi buah pinggang.

Hussin pada sama mengharapkan Pas membayar penuh hutang dan bukan sekadar jumlah yang ditetapkan mahkamah.

“Kepimpinan PAS sepatutnya sedar bahawa dalam Islam, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut,” katanya.

Rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengharapkan Pas bertimbang rasa dan membayar hutang.

“Jika mereka masih kekal untuk melengahkan bayaran melalui proses perundangan maka fahamilah bahawa golongan ni adalah golongan seangkatan dengan Yahudi. Cakap pasal agama, hutang tak nak bayar,” komen warganet.

“Sembang sama walaun ‘isle, isle, isle’ sana sini ke hulu ke hilir sampai kawan tu kritikal masuk hospital dah, pun hutang buat pekak jetak bayar-bayar” tambah pengguna media sosial.

“Kesiannya, berdosa menganiaya orang. Hutang WAJIB di bayar,” ujar pengguna lain.

Baca juga: Ini strategi disebalik perlantikan Khaled Nordin ke MINDEF