Zaman sekarang jika anak tidak dipantau pengunaan gajet mereka maka kemungkinan untuk terdedah akan isu pornografi adalah sangat tinggi.
Seorang pensohor media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi mengenai pelajar sekolah rendah yang sudah terdedah dengan pornografi.
Menerusi hantaran di Facebook, dia memaklumkan ada guru yang mengadu bahawa anak murid melihat bahan lucah walaupun masih tidak pandai mengeja.
“Dekat sekolah saya ada murid tahun satu. Selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi.
“Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di youtube.
“Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip… terus keluar benda lucah. Padahal majoriti murid dalam kelas saya ni membaca dan mengeja pun tak tahu,” ujar seorang guru.
Fairuz kemudian menyarankan agar ibu bapa lebih serius untuk sekat dan pantau penggunaan gajet anak di rumah.
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang turut memandang serius isu tersebut.
“Ini tak masuk akal. Saya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini.
“Insya-Allah pertemuan minggu depan,” ujar Fahmi dalam hantaran di Facebook.
Ibu bapa boleh mengaktifkan pencarian selamat di Google untuk menyekat mana-mana laman web yang menyiarkan perkara tidak elok buat anak di bawah umur.
Baca juga: Ustaz PAS kena kecam minta derma kereta syarikat rosak, “habis semua benda dia nak mintak ni..”