Wanita rungsing cari anak baru lahir, rupanya dah kena jual dengan mak bapa sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Penat mengandung dan melahirkan anak tak habis lagi boleh pula datuk dan nenek bertindak jual bayi walaupun baru berusia 23 hari.

Kes tersebut dikatakn berlaku di New Delhi India dan bayi perempuan itu dijual pada harga 30,000 rupee (RM1,685).

Menurut stesen penyiaran NDTV, bayi itu sempat diselamatkan di daerah South 24 Parganas.

Manakala pasangan suami isteri itu ditahan di Bihar di mana mereka melarikan diri selepas menjualnya.

Aduan mengenai kehilangan bayi itu dibuat oleh seorang wanita Rabu lalu di alai polis Anandapur.

Siasatan polis mendapati bayi berkenaan dijual kepada pengedar kanak-kanak sebelum diserahkan kepada seorang wanita tanpa zuriat di Narendrapur pada harga berjuta-juta rupee.

Polis turut mengesahkan penahanan dua pengedar itu dan wanita yang membeli bayi berkenaan.

“Kami akan meneruskan siasatan untuk mengetahui bilangan orang yang terlibat dalam pemerdagangan ini.

“Bayi itu selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata seorang pegawai polis.

Baca juga: Tak perlu risau anak ketagih ‘hot dog’, wanita kongsi resipi sosej sihat buatan sendiri