Setiap kereta pasti ada satu tayar ‘spare’ di bahagian bonet kereta, tapi mesti musykil kenapa saiz lebih kecil berbanding tayar biasa.
Tayar ganti ini biasanya digelar tayar donat oleh kebanyakan orang, biasanya ia digunakan untuk semenentara waktu bagi menyenangkan pemandu ke bengkel berdekatan
Tapi kenapa saiz tayar ganti ini tak sama dengan tayar lain sedangkan ia lebih menyenangkan pemandu dan tak perlu ke bengkel.
Ini adalah tiga sebab mengapa tayar ganti lebih kecil.
Jimat ruang
Salah satu sebab utama tayar donat lebih kecil adalah untuk menjimatkan ruang, memandangkan ia mempunyai diameter, lebar, dan tapak yang lebih kecil.
Ini adalah penting supaya ruang di dalam bonet kereta dapat dimaksimumkan.
Kereta lebih ringan
Tayar donat biasanya diperbuat daripada bahan yang ringan, dan ini tidak akan memberi beban berat kepada keseluruhan kereta.
Berbanding dengan tayar yang bersaiz penuh, tayar donat membantu mengurangkan berat keseluruhan kereta dan seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api.
Kos kenderaan lebih ringan
Dalam pembuatan kereta, setiap penambahan komponen dan bahan akan meningkatkan kos keseluruhan kenderaan.
Oleh itu, tayar donat yang lebih kecil ini lebih ekonomi berbanding dengan tayar yang bersaiz penuh, membantu mengurangkan harga jualan kereta.
Apa pula fungsi tayar ganti ini?
Fungsinya dalah menyenangkan proses untuk menukar tayar yang pancit di kedai, sekurangnya ada tayar untuk menggerakkan kenderaan.
Tayar donat memang diciptakan bersifat sementara dan tidak boleh digunakan dalam jangka masa lama.
Jadi jika tayar pancit dan perlu menggunakan tayar donat pastikan anda guna untuk ke bengkel sahaja bukan tunggu sampai pancit baru tukar.
Baca juga: Ibu tergamak izin suami baharu nodai anak, konon mahu rawat gangguan makhluk halus