Terkejut tengok harga barangan dapur hampir cecah RM900! Nasib semak resit, rupanya ada ‘error’

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi pengguna dan pembeli, ia adalah hak anda untuk mempertikai harga barangan yang dibeli jika jumlah keseluruhan melebihi jangkaan anda.

Siapa menyangka rasa musykil seorang pemuda berbaloi selepas dia melihat ada kesalahan dalam resit pembayaran barangan daput.

Menurut Faiz Ibrahim, dia berkunjung ke satu hypermarket untuk membeli barangan buat dia dan ibunya, kes ini berlaku pada tahun 2021 bagi dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Selalunya setiap kali membeli barangan dapur, jumlah tidak pernah melebihi RM500 namun kali ini dengan barangan yang sama dia perlu membayar dua kali jumlah.

Pada awalnya dia membayar barangan tersebut sebelum meneliti semula resit.

“Hati-hati ketika membeli barang di hypermarket. Selalu aku lihat orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena.

“Aku pergi *** haritu, lepas dah beli semua barang untuk mak aku, tiba-tiba totalnya RM890 macam tu.

“Aku tergamam kejap sebab biasanya aku hanya belanja kira-kira RM400 sahaja. Sebab aku tinggal bersama mak aku.

“Biasanya aku beli barang makan yang tahan selama dua, tiga minggu. Senang beli sekali terus, tak payah keluar banyak kali.

Ketika dia menyoal juruwang tersebut, pekerja tersebut menyatakan mungkin kerana barang terlalu banyak.

“Sungguhpun rasa tidak selesa dengan jumlah harga yang tinggi itu, tapi cashier berkata, ‘sebab awak beli banyak, itulah sebab harga tinggi macam tu.’

“Tapi aku masih ragu-ragu, dan aku bayar sahaja. Selepas bayar, seperti biasa, aku akan semak semula resit.

“Selepas semak, rupanya, biji sagu yang berharga RM1.40 itu, selepas diimbas, menjadi RM400. Gila betul. Ini biji sagu Ayah Pin ke? Biji sagu alam sebalik mata. Hahaha,” ujarnya.

Selepas mengetahui ada kesilapan pada harga tersebut, dia terus melaporkan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pasar raya untuk mendapatkan tuntutan semula wang yang dibayar untuk biji sagu tersebut.

Faiz turut mengingatkan orang ramai untuk memeriksa resit selalu kerana kadangkala kesalahan kecil boleh beri impak besar kepada isu kewangan.

Baca juga: Selalu jadi ‘port’ selfie, baru tahu cermin dalam lif rupanya ada fungsi keselamatan