Pelakon Hafidz Roshdi mengundang rasa tidak senang netizen selepas secara terbuka berkongsi foto-foto perkenalannya dengan isteri, Athira Yuhada sewaktu mereka di bangku sekolah.
Tanpa mempedulikan hati bekas isteri yang membina kehidupan dengannya selama tujuh tahun, Hafidz juga sebelum ini mendedahkan Athira adalah cinta pertamanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, aktor berusia 29 tahun itu berkata, dia sudah mengenali Athira sejak 2009 lagi ketika masing-masing di Tingkatan Tiga.
“Kita orang mula berkenalan 2009, masa Tingkatan 3. Sekejap je masa berlalu sekarang dah 2023. 14 tahun kita orang kenal,” kata Hafidz dalam video tersebut.
Meskipun ruangan komen video berkenaan ditutup, namun lain pula ceritanya di X apabila netizen menganggap tindakan bekas peserta Hero Remaja itu agak keterlaluan seperti tidak menghormati Nurul Shuhada.
Mereka juga melabel Hafidz sebagai tidak tahu malu.
“Geramnya tengok video Hafidz Roshdi tu,” komen netizen
“Hafidz Roshdi ni tak ada common sense sebagai bapa ke eh? Muat naik video gitu, tah apa anak dia rasa aku pun tak tahu,” komen pula yang lain.
Untuk rekod, Hafidz sah bercerai talak satu dengan, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Mahkamah Rendah Syariah pada 27 Julai lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sebelum ini Shuhada mendakwa, bernikah dengan Athira adalah impian Hafidz ketika mereka masih lagi suami isteri.