Jumpa pun petua mudah untuk bersihkan kotoran dalam cawan, ikut sahaja tips ini mesti menjadi!

Oleh KIM SYAZIE

Cawan kaca mahupun seramik, jika kerap digunakan pasti akan menyebabkan munculnya lapisan kerak yang sukar untuk dicuci. 

Jika dibiarkan begitu saja, lama kelamaan permukaan cawan akan menjadi semakin hitam.

Lapisan tersebut terhasil disebabkan oleh pewarna di dalam minuman yang dibancuh seperti kopi dan teh. 

Ia sangat sukar ditanggalkan jika hanya menggunakan sabun pencuci pinggan biasa. 

Artikel kali ini akan senaraikan petua yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan kotoran tersebut tanpa menggunakan peluntur. 

Apa yang anda perlukan hanyalah ‘garam’.

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Ambil cawan atau mug yang mempunyai kesan hitam.

2. Basahkan sedikit pada permukaan yang kotor itu.

3. Taburkan garam secukupnya ke dalam cawan.

4. Kemudian gosok permukaan yang kotor menggunakan jari sehingga kotoran tertanggal.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rupanya senang je nak kerja di syarikat besar, ramai tak tahu ‘kabel’ ini wujud