Lelaki dilarang miliki ternakan selama 10 tahun, sanggup buat perkara ini pada lembu

Oleh WAN SITI AMINAH

Sebuah mahkamah memutuskan untuk mengeluarkan perintah bagi mengharamkan seorang lelaki daripada memiliki haiwan ternakan selama 10 tahun.

Difahamkan, perintah tersebut dikeluarkan mahkamah selepas pemuda yang berusia 25 tahun itu didapati bersalah melakukan hubungan terlarang dengan seekor lembu.

Perbuatan lelaki durjana itu terbongkar selepas pemilik ladang ternakan menemui pakaian dan sarung tangan selain beberapa ekor anak lembunya juga dijumpai mati secara misteri.

Untuk menangkap pelaku, pemilik ladang ternakan dan ahli keluarganya memutuskan untuk merangkai pelbagai rancangan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Misteri kematian anak-anak lembu itu terjawab setelah anak pemilik terdengar bunyi bising pada jam 11.45 sebelum memeriksa rakaman CCTV di telefon bimbit miliknya.

Ketika ditemukan, seluar lelaki berkenaan telah dilucutkan dan aksi yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa satu perbuatan terlarang telah terjadi, lapor Mirror UK.

“Anak-anak lembu sering ditemukan dengan kecederaan. Tingkah laku binatang itu juga berubah tanpa sebab yang jelas. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena.

“Keadaan anak lembu juga semakin merosot dan mati secara tiba-tiba. Kami tidak sangka ia berpunca daripada tindakan defendan yang tidak dapat diterima oleh akal.

“Binatang ternakan itu sangat penting bagi saya. Ia memberi tekanan pada keluarga hingga kami semua menyalahkan satu sama lain,” katanya memetik lapor Mirror UK.

Dihadapkan ke mahkamah, pelaku yang dikenali sebagai Liam Brown itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 12 Jun tahun lalu di Burton, Dorset, England.

Memandangkan Liam terlihat menyesal atas perbuatan itu, hakim mengarahkannya melakukan kerja-kerja komuniti tanpa gaji dalam tempoh 15 jam selama 36 bulan.

Pemuda yang sudah memiliki teman wanita itu juga harus membayar ganti rugi sebanyak £600 pound (RM3,538) selepas hukuman ke atasnya dibacakan baru-baru ini.

Baca juga: Anwar dapat perintah injunksi, Sanusi dihalang ulang kenyataan fitnah