Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida terkejut melihat rekod perbelanjaan anak perempuannya Cik B, yang berbelanja sekitar RM1 juta sebulan.
Menerusi video yang dikongsikan, Datuk Seri Vida dengan santai meminta anak-anaknya untuk menunjukkan perbelanjaan masing-masing kepadanya.
Namun jumlah perbelanjaan Cik B paling mengejutkan netizen, dengan rekod pada November mencatat aliran keluar duit melebihi RM23,000.
“Cik B spend 1 juta. Aiyo. Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?,” katanya.
Berlainan pula dengan Kacak, anak kedua Vida itu enggan berkongsi jumlah perbelanjaannya namun memberitahu dia lebih suka menyimpan duit.
Tidak hanya itu, mereka juga berkongsi baki wang masing-masing di dalam akaun bank selepas sakan berbelanja beberapa bulan sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, netizen beranggapan ia adalah perkara biasa bagi golongan T20.
Tidak kurang hebat ada juga yang berseloroh menyatakan hasrat mahu berkawan baik dengan anak-anak Datuk Seri Vida.
Baca juga: Lelaki dilarang miliki ternakan selama 10 tahun, sanggup buat perkara ini pada lembu