Sebelum keluar bercuti pastikan letak duit syiling dalam peti ais dahulu, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Oleh KIM SYAZIE

Ramai mula menyedari tentang pentingnya memastikan makanan sejuk beku di dalam peti ais kekal terjaga dan selamat dimakan terutama selepas pulang dari bercuti untuk tempoh yang lama.

Ramai juga sudah mendengar tentang tips tinggalkan duit syiling di dalam peti ais. Namun masih ramai yang tidak tahu apa kegunaan syiling tersebut. 

Ia sama sekali bukan amalan khuratat, tetapi hanyalah tips untuk dijadikan kayu ukur sama ada berlaku gangguan elektrik atau tidak sepanjang anda tiada di rumah.

Seperti perkongsian seorang lelaki ini, dia berkongsi kisah Uncle Chan yang menasihatkannya untuk meletakkan duit syiling di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku setiap kali mahu meninggalkan rumah dalam tempoh lama.

Puas kami fikir apa kaitan kedua elemen ini. Adakah ia punyai elemen mistik dan sebagainya?

Rupa-rupanya ia demi memastikan segala bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk masih kekal segar dan selamat untuk digunakan sebaik sahaja pulang ke rumah.

Apa yang anda kena buat?

Mula-mula isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

Selepas itu letak syiling atas ais.

Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, tengok kedudukan syiling dalam gelas itu.

Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Indikator yang baik untuk memastikan bekalan makanan di dalam peti sejuk masih baik atau tidak.

Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Baca juga: Pemilik syarikat janji beri bonus penuh hujung tahun, asalkan pekerja buat aktiviti ini