Siapa sahaja tidak berang jika setiap hari dikutuk dan dicerca kerana wajahnya hingga dilabel dengan perkataan kurang baik oleh mulut jahat netizen.
Tidak kiralah artis atau orang biasa, semuanya ada hati dan perasaan maka berjaga-jagalah ketika meninggalkan komen yang kurang enak.
Isteri kepada penyanyi, Cat Farish, Shikin Maembong berang apabila ada individu yang mengutuk rupanya malah memanggilnya dengan gelaran ‘betina’.
Lebih menaikkan kemarahan, komen tersebut ditinggalkan oleh akaun palsu yang dicipta untuk sebar kebencian.
“Tak tahulah apa yang individu ini marahkan sangat, saya dah cukup menahan sabar dengan orang yang nak buli saya.
“Tunggu saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk buat laporan ya.
“Orang macam ini, tunggu surat saman. Ingat polis tak boleh kenal pasti ke awak siapa?” katanya menerusi Instagram.
Tambahnya, bukan sekadar muka dikutuk malah dia turut digelar ‘betina’ oleh akaun tersebut.
“Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,” tulis individu terbabit.
Pada mulanya dia membuat keputusan untuk ambil pusing akan komen itu namun kebelakangan ini dilihat individu itu semakin lancang memberi komen.
Shikin mendedahkan wajahnya senget sebelah berpunca daripada serangan Bell’s Palsy sekitar 12 tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan sehingga sekarang.
Baca juga: