Tular video dua pengacara yang cuba menyiang iklan semasa mempromosi produk secara siaran langsung.
Mereka dikritik hebat oleh netizen dek kerana tidak pandai menyiang ikan hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan orang ramai.
Tambahan pula zaman sekarang jika pergi membeli di pasar basah atau pasaraya, ikan yang dibeli boleh disiang terus dan bila balik boleh terus memasak.
Susulan itu pelakon, Zulin Aziz tampil mempertahan kaum hawa yang tidak pandai menyiang ikan dalam Instagram story.
Baginya netizen tidak perlu menjadikan ia isu besar hingga mengecam dua pengacara tersebut.
“Tidak reti siang ikan pun kena kecam. Kalau pandai siang ikan tetapi malas masak pun tidak guna.
“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tidak perlulah semua benda hendak dikecam,” ujarnya dalam InstStory.
Penyanyi lagu ‘Rahsia’ itu turut mengakui dirinya juga tidak pandai menyiang ikan boleh potong sayur juga ikut suka asalkan memasak dan boleh dimakan.
“Aku pun tidak reti (pandai) siang ikan dan memotong ayam.
“Memotong sayur pun adakalanya bentuk hati, segi tiga, petak, bujur dan semua ada ikut suka hati aku,” ujarnya.
Tidak perlu sindiran jika isteri tidak pandai memasak, ajarlah bukan biarkan mereka terkontang-kanting di dapur.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio