Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki meliwat kanak-kanak yang juga anak kepada pembantu guru di sebuah asrama lelaki di Melaka Tengah.
Keterlaluan, pemuda yang berasal dari Pulau Pinang itu tergamak menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun sebagai pemuas nafsu dengan meliwatnya sebanyak 30 kali.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, kejadian yang mencemaskan itu berlaku sepanjang Mei lalu di sebuah asrama lelaki khusus buat saudara baharu.
Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirinya telah mula diliwat oleh suspek yang juga rakan sebiliknya kira-kira pada pukul 3 pagi, 14 Mei lalu, lapor Harian Metro.
“Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.
“Seterusnya, mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.
“Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan,” kata Datuk Wira Zainol memetik laporan Harian Metro.
Bimbang akan keselamatan dirinya, kanak-kanak malang itu terpaksa berdiam dan tidak melaporkan insiden berkenaan kepada sesiapa sepanjang berada di asrama.
Selepas hampir lapan bulan menyimpan rahsia, anak kecil itu akhirnya bersedia dan menceritakan kelakuan jijik suspek kepada bapanya di rumah mereka, Ahad lalu.
Di hari yang sama, bapa mangsa telah meminta suspek untuk hadir ke kediamannya kira-kira pada jam 11.45 pagi sebelum memukul lelaki itu sehingga cedera di kepala.
Mengulas lanjut Zainol berkata, pegawai dari Balai Polis Tanjung Minyak kemudian hadir ke lokasi itu untuk menahan suspek selepas bapa mangsa membuat laporan.
“Siasatan awal mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka. Mangsa tinggal di asrama lelaki (saudara baharu) itu sejak April lalu.
“Ini bagi memudahkannya (mangsa) pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf yang bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita.” Jelas Zainol.
Difahamkan, suspek merupakan seorang bekas pelajar institusi pemulihan pesalah juvana yang tinggal di asrama mualaf berkenaan berikutan tiada tempat tinggal.
Manakala kanak-kanak itu pula dikatakan terpaksa ditempatkan di asrama mualaf terbabit sementara ibunya menguruskan urusan penceraian dengan bapanya.
Jelas Zainol, suspek kini direman sehingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Baca juga: Isu kecil pun nak bising, Zulin pelik lihat pengacara dikecam sebab tak pandai siang ikan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio