Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anaknya termasuklah menyediakan pelajaran berkualiti buat mereka.
Namun masih ada yang busuk hati dan tidak senang melihat anak orang lain yang lebih bijak berjaya mendapat tempat dalam sekolah berprestij.
Pelakon terkenal melalui Mami Jarum, Rita Rudaini meluahkan rasa marah terhadap seorang guru yang menuduh dirinya mengambil kuota B40 selepas menghantarnya anaknya ke sekolah kerajaan.
Rita meluahkan rasa hatinya di Instagram story mengenai guru tersebut apatah lagi tugas guru adalah untuk mendidik dan bukan bergosip siapa layak masuk atau tidak.
Tambahnya ada banyak kes dimana anak satu sekolah dengan ibu atau bapa yang bekerja di sana walaupun pada dasarnya tidak layak.
Tapi mengapa anaknya disoal sebegitu rupa hanya kerana dia memilih untuk menghantarnya anak ke sekolah swasta sebelum ini.
“Sis ni jahil, sis tak pandai agama macam cikgu. Tapi cikgu janganlah tunggang agama laju sangat. Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya?
“Nak jadi guru atau makcik bawang? Jijik. Sis cuba tahan,” ujarnya di Instagram.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Rita, para guru seharusnya lebih fokus dalam mendidik dan bukannya sibuk mengata hal pelajar.
“Cikgu sebegini kalau jumpa depan-depan kena bahasakan sikit, jangan sebab dia cikgu dia rasa dia layak buat benda sesuka hati.
“Walaupun hanya segelintir, cikgu sebeginilah yang merosakkan nama pendidik, terlalu sibuk membawang.
“Rasanya memang MRSM ada buka kuota untuk anak T20 walaupun tak banyak, jadi apa salahnya cikgu sekalian,” antara komen netizen.
Rita bagaimanapun tidak menyalahkan semua guru dan hanya tuju kepada seorang sahaja yang dilihat terlalu lantang menentang anaknya.
Baca juga: Isu kecil pun nak bising, Zulin pelik lihat pengacara dikecam sebab tak pandai siang ikan