Keluarkan single dengan ‘geng karaoke’, Alha Alfa tak ada niat nak jadi artis, sekadar suka-suka

Oleh MAISARAH AISYA

Banyak usahawan dilihat cuba menceburi bidang nyanyian, namun tak semuanya berjaya malah ramai dikecam kerana suara yang tidak sesuai.

Kini usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa pula mengeluarkan single duet bersama Zara Zya.

Menurut Kosmo, Alha menolak untuk menjadi penyanyi dan melakukannya sekadar suka-suka selepas melihat trend usahawan mengeluarkan lagu.

“Saya tidak ada niat pun untuk bergelar artis. Tujuan saya keluarkan single Cinta Agung bersama Zara Zya kerana mahu memeriahkan industri seni.

“Sebelum ini, ramai usahawan lain juga menceburkan diri dalam bidang seni.

“Begitu juga sebaliknya apabila ada artis turut berkecimpung dalam bidang perniagaan. Jadi apa salahnya jika saya turut mengeluarkan lagu sendiri,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Tambahnya, ‘Cinta Agung’ adalah hadiah sebagai tanda persahabatan selama 10 tahun bersama pelakon tersebut.

“Single ini saya jadikan sebagai hadiah persahabatan buat Zara sepanjang 10 tahun kami bersahabat.

“Dia (Zara) merupakan ‘geng karaoke’ saya memandangkan kami suka menyanyi bersama-sama ketika punya watktu lapang.

Pada masa sama, Alha tidak menaruh harapan lagunya akan dipertandingkan di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Saya tidak terfikir pun untuk Cinta Agung sampai ke pentas AJL. Saya cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka sahaja. Kelas vokal pun saya tidak pergi.

“Lagi pun, single ini dihasilkan dalam masa singkat oleh penyanyi dan juga komposer, Yuka Karisma mengikut kesesuaian kami berdua.

“Apa-apa pun, saya percaya Cinta Agung mampu membantu untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan saya,” jelasnya.

Baca juga: Shila Amzah kongsi ‘tour’ banglo, ramai setuju jual rumah lepas nampak perkara ini