Orang ramai dijamin bahawa stok bahan mentah di negara ini mencukupi sepanjang musim perayaan hingga Aidilfitri tahun depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa bekalan bahan mentah di pasaran tidak terjejas walaupun lima syarikat dihukum denda oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana membentuk kartel untuk menetapkan harga makanan ayam.
“Insya-Allah ada, cukup dan sentiasa ada (bekalan bahan mentah). KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) sentiasa bekerjasama untuk menghadapi musim perayaan, yang terdekat Tahun Baru Cina (Febuari 2024), kemudian Ramadan dan Aidilfitri (April 2024).
“Kita mahu pastikan supaya telur, ayam dan keberadaan dua benda itu. Harga dan manipulasi ditentukan oleh KPDN.
“Saya tidak boleh komen (kerana) bukan di bawah kuasa kementerian saya,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Media melaporkan, MyCC mengenakan denda sebanyak kira-kira RM415.5 juta kepada lima syarikat kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
Hasil penyelidikan oleh MyCC dalam tempoh Januari 2020 hingga Mac 2022, menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian gangguan dalam pasaran makanan ayam.
Ini dibuktikan melalui pengumuman harga, corak harga, dan komunikasi di kalangan perusahaan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabumenyatakan bahawa tugas memeriksa dan menetapkan harga bahan mentah di pasaran adalah tanggungjawab KPDN, dan pihaknya tidak terlibat dalam perkara tersebut.
Walaupun begitu, beliau menekankan bahawa KPKM sentiasa bekerjasama dengan semua kementerian yang berkaitan untuk menyampaikan maklumat.
Harga dan pengawalan ditetapkan oleh KPDN. Kita bekerjasama dan tidak bergerak secara sendirian.
“Semua kementerian bekerjasama dalam menangani keterjaminan makanan,” ujarnya.
Sumber: https://mediavariasi.com/2023/12/bahan-mentah-cukup-hingga-aidilfitri-mat-sabu/
Baca juga: PM umum berita gembira buat mangsa banjir Kelantan, salur RM50 juta pada keluarga terjejas