Setiap pelakon terpaksa bersikap profesionalisme ketika melakonkan babak yang kurang enak demi menjayakan sesuatu karya.
Samalah seperti pelakon yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf mengakui kadangkala risau untuk membawakan watak dengan babak panas lapor Berita Harian.
Apatah lagi jika karakter itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan lebih kepada adegan dalam filem atau drama barat.
“Penonton kena faham soal profesionalisme dan saya bawakan karakter mengikut kehendak skrip.
“Sekiranya watak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia sudah tentu pengarah akan tukar sejak awal lagi atau ketika proses suntingan.
“Saya bersedia bawa sesuatu watak disebabkan kerja. Sebenarnya saya takut lakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi orang tua.
“Saya perlu fikirkan perasaan ibu bapa kerana saya bawa nama baik keluarga,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Tambah Amir, dia sudah tahu watak Farid dalam drama ‘Syurga Itu Bukan Indah’ akan menerima kecaman netizen.
“Sebenarnya saya sudah jangka watak Farid akan dibenci selepas baca skrip.
“Saya okay memandang apa sahaja babak termasuk berdua dengan pelakon wanita dilakukan di hadapan ramai orang.
“Ccuma penonton tak nampak apa yang berlaku di belakang kamera,” tambahnya.
Jelas Amir lagi dia merasakan ramai yang mengkritik kerana wajah lelaki Melayu tetapi membawa watak utama drama bergenre romantik kerana sudah terbiasa dengan pelakon berwajah jambu.
Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon dan mencuba pelbagai watak yang ditawarkan kepadanya.
Baca juga: Sasha serik bercinta dengan lelaki Melayu, nampak je kaya pakai Mercedes tapi rupanya suami orang