Video lama Sophia Albarakbah tular semula, “rupanya Aliff Aziz yang melebih-lebih”

Oleh WAN SITI AMINAH

Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah kembali menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial tempatan, baru-baru ini.

Mana tidaknya, sebuah rakaman yang memaparkan di sebalik tabir penggambaran drama siri bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah kembali tular di platform TikTok.

Menerusi rakaman berdurasi 49 saat itu, penonton dapat melihat satu babak mesra antara Sophia dengan ‘suaminya’ dalam drama iaitu pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Susulan tularnya video berkenaan, rata-rata penonton akhirnya memahami perasaan Sophia yang dilaporkan telah terjatuh ‘suka’ kepada suami pelakon, Bella Astillah itu.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati ramai yang berkongsi pendapat bahawa selebriti kelahiran Singapura itu langsung tidak menjaga batas sebagai suami orang.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Sayang-Sayang itu juga ditegur kerana kelakuannya yang tidak melepaskan tangan Sophia meskipun arahan ‘cut’ terdengar dalam video.

Meskipun ramai bersimpati dengan Bella, mereka bagaimanapun turut tidak bersetuju apabila Sophia yang dipersalahkan memandangkan Aliff juga melakukan kesilapan.

“Boleh tengok kan siapa yang melebih-lebih. Tetapi isteri dia marah perempuan itu,” kata seorang pengguna yang merasa tidak senang dengan tindakan Bella Astillah.

“Aku pula yang sakit hati tengok. Kalau begini punya penggambaran, siapa sahaja yang tidak sakit hati. Sudah ‘cut’ pun tak nak lepas tangan itu.” Kesal pengguna lain.

Terdahulu, Bella pada akhir Januari tahun lalu telah mencuri perhatian ramai setelah membuat pendedahan mengenai gelagat seorang wanita yang cuba mendekati Aliff.

Dipercayai mencuba menganggu keharmonian rumah tangganya, Bella mendakwa pelakon wanita terbabit berkali-kali membuat panggilan telefon kepada suaminya.

Selepas Bella menegurnya, Sophia akhirnya memohon maaf dan mengaku dirinya bodoh ekoran telah bertindak keterlaluan kerana tersuka dengan suami orang.

Baca juga: Suami isteri penjawat awam, tapi awal bulan gaji tinggal RM550 akibat hutang…kereta pula sampai 2 biji