Sudah menjadi asam garam kehidupan, tak selamanya kita di atas mahupun dijunjung, akan ada masa kita berada di bawah dan tidak dipedulikan.
Itulah penting menabung di kemudian hari agar hidup tidak lagi bergantung kepada ihsan dan belas kasihan orang lain.
Begitulah nasib menimpa komposer yang pernah terkenal satu ketika dahulu, Ross Ariffin yang dimasukkan ke ke Hospital Melaka selama sebulan dan Hospital Alor Gajah selama 11 hari akibat kemalangan jalan raya.
Menurut Harian Metro, komposer yang pernah mencipta Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan artis lain itu kemalangan pada Oktober hingga menyebabkan tangannya patah.
Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar hadir melawat komposer tersebut.
Tambahnya, Ross Ariffin yang dikategorikan gelandangan itu dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital terbabit.
“Saya bersama penyanyi Zaiton Sameon hadir menziarahinya di Hospital Alor Gajah semalam. Dalam pertemuan itu, dia mengakui tiada sesiapa datang melawatnya.
“Ross juga berharap agar Karyawan dapat membantu mempercepatkan proses pemindahan beliau dari hospital ke rumah orang-orang tua milik JKM.
“Karyawan Melaka turut menyampaikan sedikit sumbangan dan makanan kepadanya agar dapat meringankan sedikit penderitaan yang ditanggung,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama Zainal mengharapkan semua pihak mendoakan komposer tersebut untuk cepat sembut selepas diserang angin ahmar dua kali sebelum ini.
Media melaporkan Ross Ariffin kini hidup sebagai gelandangan dan berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan Melaka.
Antara lagu ciptaan Ross termasuk ‘Dia’ oleh Fauziah Latiff, ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ oleh Aishah dan ‘Kau dan Aku’ oleh Ning Baizura.
Baca juga: Video lama Sophia Albarakbah tular semula, “rupanya Aliff Aziz yang melebih-lebih”