Siapa sahaja tidak marah jika semua hal kecil mahu dimaklumkan kepada ibu bapa walaupun isu melibatkan rumah tangga.
Dapat pula mentua jenis batu api, gaduh kecil pun boleh berakhir dengan penceraian tapi akhirnya terpaksa mengalah demi anak.
Seorang wanita menerusi halaman Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’ berkongsi mengenai sikap suami yang suka mengadu kepada keluarganya apabila mereka bertelagah.
“Saya nak berkongsi hal rumah tangga saya, kami pernah bercerai disebabkan hal-hal tertentu tapi rujuk semula.
Pada walanya kami masing-masing dah berjanji nak ubah perangai masing-masing dan fikir soal anak terlebih dahulu.
Tapi itulah, hati saya dah tak sama macam dulu. Mula rasa tawar hati, kasih sayang dan cinta dah tak kuat.
Apatah lagi waktu pertama kali bercerai, mak mentua halang kami daripada rujuk sebab dia tak suka saya tapi keluarga saya pula minta fikir masak-masak untuk anak.
Saya jadi ralat. Bila bergaduh, suami suka buka cerita dekat mak dan keluarga sebelah dia.
Biasalah bila gaduh, segala benda buruk keluar, bila lama-lama suami menyesal dan ajak rujuk semula dengannya.
Saya rasa kecewa sangat sebab kebaikan saya selama ini tak dipandang langsung keluarga sebelah suami.
Tapi bila saya dan suami gaduh, semua nak masuk campur, terus nak buang saya daripada keluarga, bukan nak nasihat anak lagi suruh anak bercerai ada.
Sedangkan keluarga saya ini masih terima suami sebagai menantu, sekarang walaupun dah rujuk, hati dah lama tawar tapi bertahan demi anak.”
Warganet turut memberi kata semangat kepada wanita tersebut yang terkesan dengan sikap suami.
“Bertabahlah, saya pun sama, keluarga mentua masuk campur. Selagi boleh hidup bersama demi anak-anak, maka teruskan. Kita hilang suami tak sama dengan anak hilang bapa.
“Jangan peduli sangat. Buat tak tahu dan tak perlu baik sangat. Cukup jumpa masa perayaan sahaja, tak adalah sakit hati,” antara komen warganet.