Jagung ini walaupun nampak senang untuk masak, salah teknik boleh jadi hambar dan rasanya akan jadi tak sedap.
Jagung adalah sejenis sayuran berkanji yang mempunyai bentuk panjang dan berbulu halus di permukaannya.
Ianya juga mempunyai biji isi yang banyak berwarna kuning dan mempunyai rasa manis selepas dimasak.
Umum tahu jagung ini ada banyak khasiatnya, termasuklah mencegah sembelit dan baik untuk sistem penghadaman.
Rupanya ada cara nak merebus jagung ini, bukan setakat letak dalam air sahaja, tips ini dikongsikan pengguna Facebook, Mohd Shafwan Abd Wahab.
Tips merebus jagung
- Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
- Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
- Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
Cara rebus jagung:
- Biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas
- Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
- Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
Kalau ada yang tanam jagung sendiri, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan dalam peti sejuk.