Kalau tak berebut tak sah! Wanita kongsi resipi shellout, buat dekat rumah baru seronok makan

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah kalau saudara mara berkumpul mesti nak makan ramai-ramai, duduk bersila sambil berbual, imbau habis kenangan lama.

Tapi kalau dah selalu masak lauk sama mesti bosan, sekali sekala mesti nak merasa makanan laut.

Boleh cuba resipi shellout dikongsikan pengguna Facebook, Nrl Aqilah di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resepi Shellout

Bahan-bahan:

Seafood

  • Ketam
  • Udang
  • Lala
  • Sotong

Sayur

  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Jagung

Blender

  • 2 biji bawang merah
  • 8 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili kering + 2 biji cili kering gemuk

Bahan lain:

  • 1 sudu besar (sb) serbuk kari (di bancuh)
  • 10 sb sos cili
  • 4 sb sos tomato
  • 4 sb sos tiram
  • perahan lemon kalau tak berapa masam sos tomato
  • daun limau purut
  • air rebusan/kukusan seafood
  • kiub pati ayam

Cara memasak:

  1. Kukuskan seafood dan sayuran ysng digemari. Ketepikan semangkuk air kukusan seafood.
  2. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak. Masuk daun limau purut.
  3. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh. Kacau rata.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  6. Masukkan air kukusan seafood (mengikut kepekatan yang disukai)
  7. Perasakan dengan kiub ayam, garam, gula dan air perahan lemon. Masak kuah sehingga agak pekat.
  8. Tuangkan seafood, sayuran yang telah dikukus dan jagung rebus yang dipotong kecil.
  9. Gaul sebati semua bahan sehingga bercampur dgn kuah. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rupanya nak rebus jagung pun ada teknik, jangan masukkan garam masa tengah rebus