Biar betul doktor dakwa makan kubis goreng ayam gepuk boleh sebabkan kanser? Tak sangka ini sebabnya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang doktor yang popular dengan pelbagai ilmu perubatannya di TikTok, mendakwa kubis goreng yang kebanyakannya dijual dalam hidangan nasi ayam gepuk boleh membawa kepada penyakit kanser.

Dr Muhamad Hazwan atau lebih dikenali sebagai Dr Wan Share berkata, setiap makanan yang dimasak hangus akan melalui satu proses tindak balas kimia yang dipanggil Maillard Reaction. 

Tindak balas itu terjadi apabila makanan tersebut yang ada sumber protein, gula dan dimasak pada suhu yang tinggi.

Kubis goreng

“Yang suka makan nasi ayam Gepuk, hampa dengar baik-baik. Siapa suka makan kubis goreng hangus? Selepas ini jangan makan dah, ini punca kanser. 

“Dia beginilah, makanan yang hangus ini dekat bahagian hitam itu memang ada tindak balas kimia yang kita panggil sebagai Maillard Reaction. Bila sumber makanan itu ada sumber protein, gula dan suhu yang tinggi, hang goreng hangus ke, hang bakar ke, atau pun hang BBQ ke, dia akan menghasilkan satu chemical compound yang kita panggil sebagai Acrylamide.

“Bila kita terlalu banyak makan Acrylamide, ia akan mendorong kepada kanser,” katanya.

Berdasarkan satu kajian, doktor Wan berkata apabila seseorang itu mengambil terlalu banyak makanan yang terdapat Acrylamide, ia boleh menyebabkan risiko kanser seperti kanser usus dan kanser payudara.

Selain itu, menurut The International Agency for Reseach on Cancer (IARC), Acrylamide dikategorikan dalam kumpulan 2A boleh menyebabkan kanser untuk manusia tetapi perlu lebih banyak bukti yang kukuh.

Akan tetapi, punca kanser juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti genetik, gaya hidup dan lain-lain. Namun, makanan yang dimasak hangus seperti sate dan roti bakar juga boleh meningkatkan risiko kanser.

“Setakat makan sekali-sekala kubis goreng, tak kena kanser. Kanser bukan senang-senang terjadi.

“Point aku dekat sini, walaupun makanan tu boleh meningkatkan risiko kanser, tapi kanser dipengaruhi oleh banyak faktor yang lain,” katanya lagi.

Baca juga: Kalau tak berebut tak sah! Wanita kongsi resipi shellout, buat dekat rumah baru seronok makan