Akhirnya dapat dengar suara bakal isteri Putera Mateen, Majlis khatam al-Quran Dayang Anisha curi tumpuan

Oleh KIM SYAZIE

Rakaman video memaparkan bakal isteri Putera Mateen, Dayang Anisha Rosnah Adam membaca al-Quran dalam satu majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka mencuri tumpuan.

Bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah itu ternyata mempunyai suara yang sangat lunak dan lembut.

Dayang Anisha juga lancar ketika membaca al-Quran membuatkan ramai memuji wanita itu.

Difahamkan majlis berkenaan diadakan Rabu minggu lalu, beberapa hari sebelum isitiadat bermula secara rasmi, dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

Melalui video berkenaan, Dayang Anisha dilihat memakai pakaian serba putih serta majlis itu turut dihadiri oleh Putera Mateen.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa teruja mengikuti istiadat perkahwinan diraja tersebut selain menanti detik hari pernikahan pasangan berkenaan.

“Masya-Allah, sudah cantik boleh mengaji lagi,” puji Nuning.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” doa Noorjan.

“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha dan cara Dayang Anisha senyum pada Putera Mateen sangat comel,” kata Piah.

Terdahulu, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari.

Bagi akad nikah pasangan itu pula dijadualkan berlangsung pada 11 Januari nanti.

Baca juga: “Aku percaya suami 100 peratus, gugur jantung bila terima mesej wanita seberang”