Siapa sahaja tidak melatah apabila orang luar meninggalkan komen kurang enak mengenai pasangan di media sosial.
Tampil mempertahan suami, penyanyi, Tom tidak pernah kesal menikahi suaminya Fuad Rahman walaupun menerima tentangan orang ramai.
Ia adalah susulan segenlintir individu yang meninggalkan komen bahawa suaminya kepada pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram itu tidak akan berubah lapor Kosmo.
“Lelaki macam dia (Fuad) pandai bercakap sahaja. Mereka susah nak berubah. Tidak perlu hendak bersimpati dengan mereka.
“Tak sesuailah Fuad dengan Tom (berkahwin),” antara komen netizen.
Tom memuat naik komen tersebut di Instagram story mempertahan suaminya, dia sendiri melihat perubahan Fuad, sebagai suami dan bapa kepada anak-anaknya.
“Biarlah orang nak cakap abang (panggilan suaminya) tidak akan dapat berubah (sikap).
“Dan, pilihan abang jadikan saya seorang isteri tidak sesuai. Abang tidak akan berubah apabila dengan saya.
“Apa yang penting saya tahu abang kuat dan sudah berubah. Abang suami yang baik dan bapa yang baik. Orang luar hanya tahu bercakap.
“Saya yang serumah dengan abang. Saya tahu abang telah berubah,” ujarnya.
Dalam Insta story yang lain, Tom memuat naik gambar Fuad sedang bersolat dan mendoakan kekuatan untuk diri dan suaminya.
“Harap suami saya banyak bersabar. Saya tahu abang kuat.
“Kasihan tengok abang. Orang asyik ‘judge’ abang. Sedangkan mereka tidak tahu, abanglah orang yang paling baik dan bertanggungjawab yang pernah saya jumpa,” katanya.