Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa kesal apabila masih ada netizen yang membuat tuduhan mengatakan dirinya rindu mahu memakan daging babi.
Berikutan perkongsiannya yang sedang menikmati hidangan Mee Wantan ayam BBQ merah, Adam mendakwa ada netizen mengatakan dia sebenarnya memakan daging babi dan bukannya daging ayam.
Adam menegaskan bahawa dia selama 16 tahun selepas memeluk Islam tidak terasa rindu walau sedikit untuk makan makanan yang haram.
“Ada komen-komen di page saya kata, saya rindu nakmakan babi. Sebab tu saya sanggup makan makan Mee Wantan ayam BBQ merah serupa babi.
“Dan ada juga yang kata saya memang makan babi bukan ayam BBQ. Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali fitrah selama 16tahun, tak rasa rindu pun nak makan perkara yang haram.
“Saya tak pasti niat mereka berkata begitu. Sama ada saya nak provok atau sebaliknya,” luahnya.
Pelakon berusia 55 tahun itu berkata, sebelum dia mengucapkan syahadah lagi, dia bukan penggemar makanan daging babi.
Bahkan katanya, ramai orang bukan Islam yang memang tidak makan daging haiwan tersebut.
“Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah SWT bagi banyak, carilah yang halal..
“jika ada yang kata, dulu saya makan makanan haram bertan-tan maka itu saya sebelum syahadah. Setiap orang ada kisahnya tersendiri.
“Setiap pengalaman mengajar kita menjadi insan yang lebih baik. Qanaah, asal punya cukup. Hidup ini pasti indah,” ujarnya lagi.
Baca juga: “Aku biarkan isteri bersalin seorang diri, menyesal ikut cakap mak sampai bercerai”