“Suami tak habis bercakap pasal janda dia, sekarang bekas isteri tu pula tergedik nak bersama…”

Oleh MAISARAH AISYA

Waktu bercerai habis semua benda buruk dikeluarkan, bila pasangan dah kahwin lain mulalah nak menghargai bekas suami atau isteri.

Kalau rasa diri tak ‘move on’, janganlah menyeksa hati orang lain dengan alasan mahu lupakan kenangan bersama pasangan lama.

Seorang wanita akui buntu apabila suami yang dikahwini ini tidak habis bercakap soal bekas isteri.

“Saya dah berkahwin empat tahun dan asalnya saya berkahwin dengan duda ada anak. Saya dah lama perhati tapi saya diamkan diri.

Tapi baru-baru ini suami kerap berborak perihal janda dia. Saya tiba-tiba rasa sesuatu dan kebetulan janda dia ajak kembali bersama atas sebab anak-anak.

Sedangkan selama ini langsung tidak ambil peduli perihal anak-anak. Suami dengan saya
dikurniakan seorang zuriat tapi saya layan anaknya seperti anak sendiri.

Cuma bila kerap sangat dia berborak perihal janda lama, saya jadi terasa hati. Adakah dia nak kembali bersama.

Bila tanya katanya tiada lagi perasaan tapi perasaan saya langsung tak jaga. Bila bersuara katanya saya melampau, fikir yang bukan-bukan.

Saya cuma nak dia letakkan diri ditempat saya sekiranya saya bercerita kisah lama saya, adakah dia boleh terima.

Semakin hari semakin saya terasa hati dan kadang tu saya benci sangat sampai saya rasa perlukah saya mengalah jika keadaan berterusan begini. Saya betul dah tak boleh sabar lagi.”

Baca juga: “Jiran tegur bila aku mengandung lagi. Padahal ini kali pertama jejak rumah suami sejak PJJ”